top of page

Before

SURVIVOR / Azila Ahmad (Ogy)

AGE / 43

 

MAKE UP / JTMUS – Umiko Pang

WARDROBE / Ininy

Azila Bte Ahmad (Ogy)

Nama saya Azila Binti Ahmad, dilahirkan pada 19 Februari 1971. Saya berusia 43 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan, tetapi beliau sudah meninggal dunia ketika berusia 9 tahun (pada 6.8.2003). Pada Oktober tahun 2004 saya telah menjalani satu pembedahan kecil membuang ketulan daripada payudara dan disahkan mengidap kanser payudara tahap ke 2.

 

Pada 3 April tahun 2005, saya menjalani pembedahan buat kali kedua dan membuang terus payudara saya. Saya telah menjalani pembedahan dan mendapat rawatan selanjutnya di Hospital Sultanah Aminah, JB selama seminggu manakala saya menjalani rawatan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur sebanyak 33 kali selama sebulan di wad Onkologi HKL. Di HKL saya di bawah pemerhatian Dr. Norshidah Abdullah. Di HKL juga saya bertemu ramai pesakit-pesakit yang senasib seperti saya.

 

Saya telah mendaftar menjadi ahli Persatuan Sokongan Kanser Payudara (BCSG, JB) pada tahun 2011. Akan tetapi pada masa itu saya tidak bergiat aktif. Puan Tan Kim Seng, seorang teman dan jiran adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dan memberi informasi kepada saya tentang aktivit-aktiviti yang dijalankan oleh BCSG, JB. Dari situ, saya mula bergiat aktif dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh BCSG, JB.

 

Di BSCG, JB juga saya bertemu ramai teman-teman dan sangat seronok dapat begaul, berkongsi dan bertukar cerita dan pengalaman. Saya amat berterima kasih kepada Puan Tan Kim Seng, Puan Doris, Puan Margaret, Puan Shiela, Puan Rosila dan semua rakan-rakan di BCSG, JB. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada ARTY-PARTY kerana menganjurkan program BCSG, JB Makeover. Program “Makeover” ini sangat mengembirakan kami.

 

 

 

English Translation by The BCSG JB

 

I, Azila Bte Ahmad was born on 19 February 1971. I am now 43 years old, have one daughter. Unfortunately she passed away at the age of nine (6-8-2003). On October 2004, I had a minor operation to remove a lump from my breast and was confirmed I had stage 2 breast cancer. On 3 April 2005, I had my second operation to remove my breast and follow-up one week treatment at Ward 21, Timur Hospital Sultanah Aminah (HAS) JB.

 

In KL hospital, I had my radiotherapy treatment 33 times in a month at the Oncology Ward (HKL) under Dr. Norshidah Abdullah. There I also met many patients of the same fate.

 

I became a member of The BCSG JB in 2011. Initially I was not very active. Later my friend and my neighbor Ms. Tan Kim Seng briefed me on the activities of The BCSG JB. From then on I participated actively in The BCSG JB programs. I made many friends and feel cheerful sharing our stories and exchanging our experiences. Thank you Ms. Tan Kim Seng, Doris, Margaret, Shehah, Rosila and all The BCSG JB friends. Thank you also to ARTY-PARTY which brought us joy on this makeover program.

 

 

 

中文翻译 Cham Juat Eng

 

我是Azila Bte Ahmad , 今年43 岁。本来有一女儿,不幸在九岁时去世。在2004年十月,我做了一个小手术,去却除乳房内的一个小肿瘤,结果被诊断得了第二期的乳癌。在2005年4月3日,我进行了第二个手术,把乳房却除,然后在新山中央医院完成一个星期的后续治疗。我也在主治医生Dr.Norshidah的建议下,在吉隆坡中央医院进行长达一个月,总共33次的电疗。在那儿,我遇见了很多和我同样遭遇的人。

 

我在2011年加入新山乳癌关怀协会( BCSG JB ). 最初我并不踊跃参与。但在我的邻居 Tan Kim Seng 的踊跃鼓励下,及介绍关于新山乳癌关怀协会的活动后,我开始踊跃参与协会的各项活动。我认识了很多朋友,很开心与康复者分享我们各自的心路历程及康复之路。在此要多谢 Doris , Margeret,Tan Kim Seng, Shehah, Rosila 及其他新山乳癌关怀协会的朋友。 最后要特别感谢Arty Party把我们打扮的容光焕发,让我们更加信心满满,面对未来。

 

bottom of page